LEBIH AWAL DIAGNOSIS, LEBIH BAIK

Tulang patah akibat osteoporosis perlu menjalani diagnosis dan dirawat dengan secepat mungkin. 80% pesakit dengan diagnosis lewat berharap mereka boleh menjalani diagnosis lebih awal.1

Selepas mengalami fraktur pinggul, risiko untuk mengalami fraktur pinggul kedua adalah 5 kali lebih tinggi dalam tahun pertama.2 Dan risiko tulang patah lain juga tinggi untuk jenis patah tulang yang lain.3

Doktor anda akan dapat mengesyorkan rawatan yang paling sesuai dan berkesan untuk mengurangkan risiko fraktur berikutnya.4

APAKAH YANG MUNGKIN DITANYA DOKTOR KEPADA SAYA?

Osteoporosis didiagnosis dengan mengkaji sejarah perubatan anda dan mungkin melibatkan beberapa ujian khusus untuk melihat kekuatan tulang anda.

Doktor anda akan terlebih dahulu berbincang dengan anda tentang:4

  • Gaya Hidup – doktor akan bertanya tentang diet, pengambilan kalsium dan vitamin D, tabiat bersenam dan jika anda merokok atau mengambil alkohol.
  • Sejarah keluarga – beritahu doktor jika anda mempunyai ibu bapa, adik-beradik atau ahli keluarga lain yang telah mengalami fraktur pada masa lalu.
  • Sejarah perubatan – keadaan tertentu boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang anda, dan doktor anda mungkin perlu memeriksa ubat yang sedang anda ambil sekarang.

ANDA MUNGKIN PERLU MENJALANI IMBASAN TULANG UNTUK MENGENAL PASTI OSTEOPOROSIS

Jika anda berisiko, tanya doktor tentang imbasan tulang yang mudah, yang mengukur ketumpatan tulang pada tulang belakang dan pinggul anda. Ujian ini dipanggil DEXA (absorptiometri dwitenaga sinar-x).

Imbasan DEXA adalah:5

  • Tidak menyakitkan, tidak invasif dan anda kekal berpakaian semasa prosedur.
  • Sangat selamat. Ia memancarkan radiasi tahap yang lebih rendah daripada sinaran x standard
  • Imbasan ini mengambil masa 10 sehingga 20 minit.
  • Hasil ujian dipanggil skor-T, yang membantu untuk mendiagnosis osteoporosis dan sebagai panduan untuk pelan rawatan anda.

MASIH ADA HARAPAN: TULANG PATAH DAPAT DICEGAH

RAWATAN OSTEOPOROSIS MEMBANTU MENGUATKAN TULANG ANDA DAN MENGURANGKAN RISIKO FRAKTUR4,6

  • Doktor anda boleh membuat pilihan rawatan, yang mungkin termasuk ubat preskripsi untuk membantu menguatkan tulang anda. Mereka melakukan ini dengan melihat profil risiko anda sendiri, yang merangkumi risiko jenis fraktur tertentu, sebarang keadaan perubatan yang anda alami dan ubat lain yang sedang anda ambil sekarang.4,6
  • Ubat osteoporosis telah dilaporkan dapat mengurangkan risiko jenis fraktur yang berbeza termasuk fraktur tulang belakang, pinggul, kaki dan pergelangan tangan sebanyak 15-70% bergantung pada jenis fraktur.7,8
  • Terdapat beberapa jenis ubat osteoporosis, sama ada dalam bentuk tablet atau suntikan. Bergantung kepada jenis ubat yang dipreskripsi untuk anda, ubat-ubat ini boleh, dan perlu diambil atau diberikan setiap hari, sekali seminggu, sekali sebulan atau sekali atau dua kali setahun.6
  • Doktor anda juga boleh mengesyorkan agar anda mengambil suplemen kalsium dan vitamin D, kerana ini dapat membantu ubat osteoporosis anda menjadi lebih berkesan.

TERUSKAN PENGAMBILAN UBAT OSTEOPOROSIS ANDA

Anda harus ingat bahawa osteoporosis adalah keadaan kronik; ubat anda mungkin perlu diambil selama bertahun-tahun.9 Ambil ubat anda sepertimana yang diarahkan oleh doktor anda.

SUMBER

Akses sumber berguna ini untuk mengetahui lebih lanjut.

References

1 Amgen and International Osteoporosis Foundation. Fight the fracture IOF survey. 2017. www.iofbonehealth.org

2 Lee SH, et al. Acta Orthop Traumatol Turc 2016;50:437–42.

3 Balasubramanian A, et al. Osteoporos Int 2019;30:79–92.

4 International Osteoporosis Foundation. Love your bones: Protect your future. 2016. www.iofbonehealth.org

5 NHS. Bone density scan (DEXA scan). 2019. www.nhs.uk

6 Osteoporosis Australia. What you need to know about Osteoporosis. Consumer guide. 2017. www.osteoporosis.org.au

7 Kanis JA, et al. Osteoporos Int 2013;24:23–57.

8 Black DM, et al. N Engl J Med 2007;356:1809–22.

9 International Osteoporosis Foundation. Staying power: Closing the adherence gap in osteoporosis. 2006. www.iofbonehealth.org

10 Lyet J. The Journal of Lancaster General Hospital 2006;1.

11 Johansson H, et al. Osteoporos Int 2017;28:775–80.