SATU KES PATAH TULANG AKAN MEMBAWA KEPADA PATAH TULANG YANG BERIKUTNYA
Banner

Pernahkah anda alami kepatahan tulang? Kita menghadapi risiko kepatahan tulang setiap hari – kebanyakannya berpunca daripada jatuh yang ringan, seperti tergelincir di dapur, ini mungkin dianggap hanya sebagai kemalangan. Hakikatnya, tulang patah mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius daripada sekadar kemalangan biasa; ia adalah tanda amaran untuk osteoporosis.1-3

Ia bukan sekadar tulang yang patah, ia adalah tanda amaran ada sesuatu yang tidak kena

Fraktur kerapuhan adalah kejadian patah tulang yang berlaku selepas jatuh dari ketinggian berdiri atau yang lebih rendah. Tulang yang patah selepas terlanggar sesuatu atau terjatuh adalah tanda amaran bahawa anda mempunyai tulang lemah akibat osteoporosis.4 Setiap tiga saat, satu tulang akan patah di suatu tempat di dunia disebabkan penyakit ini.5

Sekali tulang anda patah, anda lebih berkemungkinan mengalami patah tulang yang lain

Fraktur kerapuhan yang pertama sering kali kelihatan tidak memudaratkan – seperti fraktur pergelangan tangan. Ia mungkin mengambil masa 8 minggu hingga 6 bulan untuk memulihkan tulang, dan menyebabkan ketidakselesaan atau kekakuan yang dialami untuk tempoh lebih lama.6 Walau bagaimanapun, fraktur tulang yang berikutnya mungkin lebih teruk – fraktur pinggul atau tulang belakang. Fraktur tulang pinggul, secara khususnya, mendatangkan akibat yang sangat serius. Ia sering memerlukan pembedahan dan boleh mengakibatkan kehilangan kebebasan pergerakan, memerlukan kemasukan ke rumah penjagaan, malah boleh membawa kematian.4

Bagi setiap kes fraktur kerapuhan, risiko mengalami fraktur yang berikutnya akan meningkat:

  • Selepas berlakunya setiap kali fraktur kerapuhan, risiko fraktur yang berikutnya meningkat sehingga 10 kali ganda7
  • Selepas berlakunya setiap fraktur tulang belakang, risiko fraktur tulang belakang yang berikutnya akan meningkat sebanyak 7.3 kali ganda8
  • Selepas berlakunya setiap fraktur tulang pinggul, risiko fraktur tulang pinggul yang berikutnya akan meningkat sebanyak 7.1 kali ganda dalam tempoh 3 bulan pertama sahaja9

Itulah sebabnya ia adalah penting agar anda menyedari bahawa sesuatu yang kelihatan tidak memudaratkan seperti patah tulang sebenarnya mempunyai makna yang lebih mendalam.

Anda perlu bimbang dengan kemungkinan osteoporosis sekiranya anda tersandung dan tulang anda patah

Jika anda pernah patah tulang selepas terjatuh dari ketinggian rendah atau terlanggar sesuatu, dan anda berumur lebih 50 tahun, anda harus menjalani penilaian osteoporosis. Sebaik sahaja anda didiagnosis, doktor anda dapat mengesyorkan rawatan yang paling sesuai dan berkesan untuk mengurangkan risiko fraktur yang selanjutnya.10,11 Dengan bekerjasama dengan doktor anda, anda mampu meningkatkan kesihatan tulang anda.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesan tulang patah akibat osteoporosis.

SG-01794-PRO-2020-April

RECENT POSTS

References

1 Kanis JA, et al. Bone 2004;35:375–82.

2 Gonnelli S, et al. Osteoporos Int 2013;24:1151–59.

3 Amgen and International Osteoporosis Foundation (IOF). Fight the fracture – IOF survey. 2017. www.iofbonehealth.org.

4 International Osteoporosis Foundation. That’s osteoporosis. A compact guide to osteoporosis and its prevention and treatment. 2019. www.iofbonehealth.org.

5 International Osteoporosis Foundation. Facts and statistics. www.iofbonehealth.org.

6 WebMD. The basics of a broken wrist. https://www.webmd.com/a-to-z-guides/colles-fracture#2-5.

7 Lyet J. The Journal of Lancaster General Hospital 2006;1.

8 Gehlbach S, et al. J Bone Miner Res 2012;27:645–53.

9 Lee SH, et al. Acta Orthop Traumatol Turc 2016;50:437–42.

10 Kanis JA, et al. Osteoporos Int 2013;24:23–57.

11 Black DM, et al. N Engl J Med 2007;356:1809–22.