TULANG YANG KUAT SEPANJANG HAYAT
Article3_Banner

Ramai orang menganggap bahawa osteoporosis adalah penyakit untuk orang tua. Hakikatnya, asas untuk tulang yang kuat mula dibina apabila tulang masih tumbuh dan berkembang. Peningkatan 10% puncak ketumpatan mineral tulang (BMD), iaitu ukuran kekuatan tulang, boleh melambatkan permulaan osteoporosis sebanyak 13 tahun.1

Tulang adalah tisu hidup yang memberikan struktur tubuh anda. Ia dibina semula dan digantikan secara berterusan sepanjang hayat anda. Oleh itu, pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang secukupnya, mengekalkan tahap vitamin D yang memuaskan dan menjaga kesihatan diri demi mengekalkan kesihatan tulang yang baik. Perlindungan tulang anda daripada osteoporosis bermula dari sekarang – pada setiap peringkat kehidupan – dari zaman kanak-kanak hingga usia tua:

Lindungi tulang anda pada setiap peringkat kehidupan

Bina tulang yang kuat pada zaman kanak-kanak dan remaja1

Sepanjang tempoh ini, saiz dan juga kekuatan tulang kita akan meningkat dengan ketara. Kira-kira 50% jisim tulang kita akan terkumpul semasa remaja dan proses ini akan berterusan sehingga pertengahan usia 20-an. Umur puncak pembinaan tulang ialah 14 tahun bagi lelaki dan 12.5 tahun bagi perempuan.

Petua untuk kanak-kanak:1

  • Susu dan produk tenusu lain membekalkan sehingga 80% kalsium dalam makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak
  • Senaman menyumbang kepada peningkatan jisim tulang, oleh itu galakkan kanak-kanak menghabiskan masa di luar rumah sambil melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan berlari dan melompat

Kekalkan kekuatan tulang dan otot pada usia dewasa1

Kita mula kehilangan tisu tulang pada usia 40 tahun apabila kita tidak dapat lagi membina semula tisu tulang pada kadar yang sama dengan kadar kehilangannya. Pada peringkat ini, ambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kehilangan tulang.

Petua untuk golongan muda:1

  • Amalkan pemakanan yang sihat dengan kalsium, protein, vitamin D yang secukupnya dan mikronutrien yang penting.
  • Lakukan senaman menahan beratan dan senaman untuk menguatkan otot. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol secara berlebihan

Lindungi daripada tulang yang lemah pada usia tua1,2

Wanita kehilangan sebanyak 20% struktur tulang mereka selepas menopaus, dan perkara ini juga berlaku pada lelaki yang semakin lanjut usia. Dengan menjaga kesihatan dan mengekalkan otot dan tulang yang kuat, ini dapat membantu warga tua bergerak dengan mudah dan bebas menikmati kehidupan yang aktif.

Petua untuk warga emas:1

  • Teruskan pengambilan makanan yang menyihatkan tulang, termasuk protein yang mencukupi, untuk membantu memperlahankan kadar kehilangan tulang dan mengekalkan fungsi otot.
  • Suplemen kalsium dan vitamin D juga boleh membantu menyokong kesihatan tulang anda
  • Senaman juga adalah penting untuk kesihatan tulang bagi warga emas. Senaman untuk menguatkan otot, yang sesuai dengan keperluan dan keupayaan individu, dapat membantu memperbaiki koordinasi dan keseimbangan. Ini seterusnya membantu memudahkan kelancaran pergerakan serta mengurangkan risiko jatuh dan fraktur

SG-01718-PRO-2020-February

RECENT POSTS

References

1 International Osteoporosis Foundation. Serve up bone strength throughout your life. 2015. www.iofbonehealth.org.

2 National Osteoporosis Foundation. Healthy bones for life - Patient’s guide. 2014. www.nof.org.