FREDA TIDAK PERLU MENGALAMI KEPATAHAN TULANG KALI KEDUA
Article1_Banner

Tahukah anda bahawa sekira-kiranya empat daripada lima orang yang telah mengalami kepatahan tulang tidak menjalani ujian untuk mengesahkan atau tidak menerima rawatan untuk osteoprosis.?1 Kehilangan tulang tidak menyakitkan, berlaku secara beransur-ansur tanpa sebarang simptom, jadi anda tidak berasa tulang anda menjadi lemah. Itulah yang berlaku pada Freda. Mari kita ketahui kisah selanjutnya.

Ini Freda*, dia baru sahaja patah pergelangan kakinya

Bulan lepas, Freda terjatuh ketika berada di pusat membeli-belah lalu patah pergelangan kakinya. Semasa di hospital, Freda diberitahu bahawa kepatahan tulang disebabkan kejatuhan ringan itu adalah tanda amaran osteoporosis. Dia dinasihatkan supaya berjumpa doktor keluarganya dan mendapatkan penilaian osteoporosis. Dia terkejut kerana menganggap dirinya cukup sihat bagi seorang wanita yang berumur 64 tahun – dia bersenam dengan kerap, makan dengan seimbang dan menjaga diri sendirinya dengan baik. “Tak mungkin saya menghidap osteoporosis, itu adalah penyakit orang tua” fikirnya.

Dapatkan pengesahan diagnosis osteoporosis selepas tulang patah untuk mencegah fraktur pada masa depan

Oleh sebab Freda berumur lebih daripada 50 tahun dan pernah mengalami fraktur kerapuhan (patah pergelangan kaki), doktornya boleh membuat diagnosis osteoporosis dengan serta-merta. Ia juga penting untuk menyelidik punca-punca lain yang menyebabkan tulangnya lemah dan melakukan imbasan tulang yang ringkas bagi mengukur ketumpatan tulangnya.2 Ujian ini dipanggil DEXA (Dual-Energy X-ray Absorptiometry). Ujian itu menunjukkan bahawa ketumpatan tulang Freda adalah lebih rendah daripada biasa dan mengesahkan bahawa dia menghidap osteoporosis.

Di samping itu, sejarah perubatan dan sejarah keluarganya juga menunjukkan bahawa Freda mempunyai faktor risiko lain untuk menghidap osteoporosis. “Menurut doktor, saya mula menopaus lebih awal daripada kebanyakan wanita lain, dan kami juga menyedari bahawa ibu saya juga mungkin menghidap osteoporosis kerana tulang pinggulnya patah ketika dia berusia enam puluhan”.

Memulakan rawatan osteoporosis

Doktor mencadangkan supaya Freda mengambil ubat preskripsi untuk merawat osteoporosis. Ubat-ubat ini berfungsi dengan cara yang berbeza, bergantung pada jenis ubat yang dipreskripsikan. Kebanyakannya bertindak dengan mengurangkan keaktifan osteoklas, iaitu sel-sel yang mengurai tulang. Rawatan osteoporosis dapat mengurangkan risiko patah tulang sehingga sebanyak 70%, bergantung pada jenis fraktur.3,4

Kini, Freda tahu bahawa untuk melindungi dan membina kekuatan tulangnya, ubat osteoporosis yang telah dipreskripsikan oleh doktornya mungkin perlu diambil selama bertahun-tahun.5 Kehilangan ketumpatan tulang telah berlaku dalam tempoh yang lama dan ia pasti akan mengambil masa untuk membina semula kekuatan tulang.

Apa lagi yang boleh dia lakukan?

Freda mengambil langkah-langkah lain untuk meningkatkan kekuatan tulangnya. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama.6,7

  • Ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda secara ringkas dan sedikit demi sedikit: makan makanan yang mengandungi kalsium tinggi, dapatkan vitamin D secukupnya, hadkan pengambilan alkohol dan hentikan merokok jika boleh.
  • Lakukan senaman dengan kerap: senaman menahan beratan dan senaman untuk menguatkan otot dapat membantu meningkatkan kekuatan dan koordinasi anda, serta membantu mengurangkan risiko jatuh.
  • Suplemen boleh membantu: suplemen kalsium atau vitamin D juga dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang anda.

*Freda adalah watak rekaan semata-mata

SG-01707-PRO-2020-Februrary

RECENT POSTS

References

1 International Osteoporosis Foundation. Facts and statistics. www.iofbonehealth.org.

2 Camacho PM, et al. Endocr Pract 2016;22:1–42.

3 Kanis JA, et al. Osteoporos Int 2013;24:23–57.

4 Black DM, et al. N Engl J Med 2007;356:1809–22.

5 International Osteoporosis Foundation. Staying power: Closing the adherence gap in osteoporosis. 2006. www.iofbonehealth.org.

6 International Osteoporosis Foundation. Love your bones: Protect your future. 2016. www.iofbonehealth.org.

7 Osteoporosis Australia. What you need to know about Osteoporosis. Consumer guide. 2017. www.osteoporosis.org.au.