GAYA HIDUP SIHAT SETIAP HARI MEMBINA TULANG YANG SIHAT DAN KUAT

Diet yang seimbang, berserta dengan senaman tetap dan pilihan gaya hidup sihat akan membantu untuk mengoptimumkan kesihatan tulang anda dan mengurangkan risko osteoporosis.

LANGKAH SATU

MAKAN DENGAN SIHAT – DAPATKAN BANYAK KALSIUM DAN VITAMIN D1,2

  • Apa yang anda makan boleh membawa perubahan besar kepada kesihatan anda sendiri!
  • Kalsium dan vitamin D adalah dua nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh anda untuk membina tulang yang kuat.
  • Kalsium membantu untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, sementara vitamin D membolehkan badan anda menyerap kalsium.
  • Makan makanan yang sihat dengan 3-5 hidangan kalsium daripada produk tenusu, sayur-sayuran berdaun hijau, ikan, kacang-kacangan dan makanan yang diperkayakan kalsium setiap hari.
  • Anda seharusnya dapat menerima vitamin D yang secukupnya dengan pendedahan yang selamat kepada cahaya matahari secara langsung.

LANGKAH DUA

BERSENAM SECARA TETAP UNTUK MEMBINA TULANG YANG KUAT3

  • Kekal aktif secara fizikal adalah penting untuk memastikan tulang anda sihat.
  • Sebenarnya, bersenam dengan betul boleh membantu mengawal dan mengekalkan kekuatan tulang anda.
  • Senaman menggalas berat termasuk berjoging, berjalan pantas, turun naik tangga, menari, tenis dan juga tali skip adalah senaman terbaik untuk membina tulang yang kuat.
  • Semua usaha ini berfungsi bersama untuk mencegah jatuh dan mengurangkan risiko tulang patah.


LANGKAH TIGA

BUAT PILIHAN BIJAK4

  • Kedua-dua merokok dan pengambilan alkohol yang tinggi dapat meningkatkan risiko fraktur pada masa akan datang, maka sebaiknya anda mengehadkan pengambilan alkohol dan mengelakkan merokok jika anda boleh.

SUMBER

Akses sumber berguna ini untuk mengetahui lebih lanjut.

References

1 International Osteoporosis Foundation. Calcium. www.iofbonehealth.org

2 International Osteoporosis Foundation. Vitamin D. www.iofbonehealth.org

3 Osteoporosis Australia. What you need to know about Osteoporosis. Consumer guide. 2017. www.osteoporosis.org.au

4 International Osteoporosis Foundation. Love your bones: Protect your future. 2016. www.iofbonehealth.org